|
||||
|
|
Kepada Semua Warganegara Malaysia Ia bermula apabila kami berempat menjalinkan hubungan sebagai satu kumpulan melalui email untuk "group think" mengenai apa yang boleh kami lakukan berkenaan dengan pemulihan ekonomi Malaysia. Kami merupakan orang Malaysia yang bukan berlatarbelakang politik atau berparti. Kami hanya percaya bahawa kami harus kembali kepada cara lama untuk mencari wang -- dengan memperolehinya. Dan bagaimana kami boleh menumpukan minda kami ke atasnya dalam suasana politik yang menganggu. Melalui kumpulan ini, Sepucuk Surat Terbuka kepada Perdana Menteri pada 31 Ogos 1998 dihasilkan. Teks surat yang penuh boleh didapati di http://www.rayma.com.my/rayma/bg_mahathir.html. Sebagai peniaga, kami percaya dalam kepentingan tindakan susulan. Hari Jumaat 13 November 1998, kami menemui Timbalan Menteri Pelancongan untuk mengikuti perkembangan mengenai idea yang kami cadangkan iaitu kempen email secara nasional untuk mempromosikan Malaysia kepada kawan-kawan yang berada di seberang laut, dengan mengutamakan pengaruh pelajar Malaysia yang pernah dan sedang belajar di luar negeri. Pada hari bersejarah ini Khamis 1 December 1998 kami melancarkan Kempen "Cyber" Lawat Malaysia. Kami percaya ini merupakan yang PERTAMA kali dianjurkan secara meluas di mana penduduk memainkan peranan untuk mempromosikan negaranya dalam usaha yang bersatu. Kami hendak menunjukkan "People Power" dalam cara yang berbeza dan konstruktif. Tujuannya adalah untuk mendapatkan semua orang Malaysia yang boleh menggunakan email untuk menghantar mesej yang diperibadikan kepada sebanyak kawan asing yang mungkin, dan mengadakan usaha satu-sama-satu untuk memberitahu orang lain tentang negara kita. Pada pendapat kami, kami belum lagi melakukan satu tugas yang boleh dikatakan sangat memuaskan dalam memberitahu cerita kami, inilah masa untuk melakukannya. Jika kami boleh membayangkan ini, kami boleh lakukannya! Cuba bayangkan jika terdapat satu juta pengguna internet Malaysia - jika setiap orang menghantar sepuluh mesej, kami akan mempunyai hampir 10 juta orang asing. Jika kami memujuk kawan kami untuk menghantar seterusnya kepada sepuluh kawan mereka, kami boleh bayangkan 100 juta orang dari seluruh pelosok dunia akan mengenali Malaysia. Sebagai pelajar dari pemasaran, kami percaya bahawa menanam benih ini adalah penting. Kami perlukan pertolongan dan kearifan secara kumpulan. Penajaan dan sokongan dialu-alukan. Dari 4 orang dalam kumpulan ini pada bulan Ogos, kini 9 orang. Sebagai contoh, Wendy Song and Katherine Yip, dua orang manusia yang baik sudi menolong kami dalam menterjemahkanSurat Kempen "Cyber" Lawat Malaysia kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin supaya orang Malaysia boleh menggunakan sampel-sampel ini untuk menghantar email mereka. Gerard Lim dan Celine Chan secara sukarela menawarkan bakat kreatif mereka untuk reka dan meletakkan muka surat yang menarik pada internet. Jack Soo pula mengkoordinasikan hasil usaha kesemua orang. Kami berfikir untuk menjadikan Kempen "Cyber" ini menarik dan seronok dengan mengadakan sesuatu Program Penghadiahan Sukarela bagi orang Malaysia yang menghantar bilangan email yang terbanyak, mempunyai slogan yang terbaik untuk mempromosikan Malaysia, di samping menggalakkan pemuda-pemuda Malaysia untuk menggunakan email bagi tujuan yang baik. Pada hakikatnya, ini boleh menjadi suatu program yang menjalinkan hubungan kekeluargaan, dewasa dan kanak-kanak - ibubapa berhubung dengan kawan mereka di luar negeri dan kanak-kanak menghantar email, menolong ibubapa membiasakan diri dengan alat komunikasi yang terbaru and canggih tersebut. Ini mungkin akan melahirkan pengalaman sekeluarga yang bererti. Sertai kami. Kami sangat mengalu-alukan penglibatan dan sokongan anda. Sila sumbangkan dalam apa-apa cara yang boleh. Tolong tanda muka surat ini dan kembali sekerap yang mungkin untuk mengetahui perkembangan kempen ini. Anda juga boleh email apa-apa komen dan cadangan kamu - dengan hanya menandatangani "guestbook" di bawah dan berkongsi dengan orang Malaysia yang lain pada masa yang sama.
|
|||
| Contents © Copyright 1998-1999 K.Yip
Associates, Rayma
Management Consultants and Megatrends
Asia. Design by BRG Interactive Digital Media Sdn Bhd Database management by Team Webstar |