|
||||
|
|
Dengan sukacitanya, saya ingin menjemput anda
untuk melawat negara saya, Malaysia
Negara saya adalah Rahsia Terbaik di Asia kerana Malaysia MASIH
lagi BOLEH dipromosikan secara besar-besaran oleh pakar-pakar pemasaran
pelancongan kini - inilah Taman Syurga Tropika yang terletak di tengah Asia Tenggara, meliputi Semenanjung Malaysia dan dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak di kepulauan Borneo. Cuacanya panas sepanjang tahun. Suhu dari 21C kepada 32C. Datanglah untuk menikmati udara yang segar, pantai dan bukit bukau yang indah - dan rasailah kemesraan kami dalam suasana moden. Anda boleh berada di tengah hutan belantara yang beribu-ribu tahun, dan pada masa yang sama anda boleh masih berhubung dengan dunia luar melalui CNN dan telefon bimbit. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kami dan Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Islam adalah agama rasmi manakala agama Buddha, Kristian, Hindu dan agama-agama lain diamalkan dengan bebas. Kebanyakan pengunjung dari komuniti "satu-budaya" selalu merasa hairan bagaimana ini boleh dilakukan. Oh ya, anda mungkin pernah mendengar berita mengenai demonstrasi dan krisis politik. Anda tahu - saya berpendapat bahawa ini adalah satu-satu sebabnya kenapa anda harus datang ke sini. Semua itu hanya merupakan demonstrasi -bukan pemberontakan. Malaysia adalah sebuah negara muda yang sedang melalui proses modenisasi dalam semua aspek termasuk politik - sesuatu yang akan dilalui oleh semua negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berterusan. Datang dan lihatlah sendiri bagaimana masyarakat Malaysia menyelesaikan konflik mereka dan lihat bagaimana perubahan yang dinamik sedang membentuk negara yang muda. Anda juga akan terpesona dengan keunikan tarikan semula jadi di Malaysia, dari pantai yang indah dan damai kepada hutan rimba yang tebal. Sebahagian daripada bukit-bukau, pantai dan pulau-pulau yang terletak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merupakan antara yang terbaik di dunia. Aktiviti menyelam (Scuba diving) dan sukan air yang lain disediakan jika anda minat ke laut.
Mungkin apa yang lebih mengkagumkan anda ialah bagaimana sesebuah negara yang menuju abad yang seterusnya menghargai khazanah semula jadinya. Mari lihat bagaimana hutan rimba yang berusia 100 juta tahun terus dijagai walaupun banyak bangunan tinggi mencakar langit dan kampung tradisi yang terpelihara di tengah pusat-pusat bandar. Sebagai destinasi pelancong yang ulung, Malaysia mempunyai infrastruktur
yang dirancang dengan teratur untuk membolehkan anda melawat dengan
selesa.
Lebuhraya Utara-Selatan dan Timur-Barat yang mempersonakan menghubungi hampir semua bandar utama. Pengangkutan diurus dengan baik dan terdapat berbagai pilihan untuk membawa anda ke semua pelusuk negara. Sebagai contoh, anda boleh menyewa kereta buatan Malaysia iaitu Proton dan memandunya di sepanjang lebuhraya yang dikelilingi oleh pelbagai tanaman dan hutan untuk menikmati permandangan yang hijau dan nyaman. Anda boleh berhenti di mana sahaja untuk makan atau membeli belah atau hanya untuk melihat kehidupan di kampung dan beramah mesra dengan penduduk tempatan. Kebanyakan dari mereka faham dan fasih berbicara dalam Bahasa Inggeris. Pelbagai tempat tinggal yang menarik terdiri daripada hotel yang bertaraf antarabangsa kepada sederhana dan murah tersedia di negara saya. Pengunjung akan berasa kagum dengan betapa baik dan cantiknya kemudahan-kemudahan ini. Ya, tentang "Krisis Kewangan Asia". Krisis? Apa itu krisis? Apa yang berlaku ialah lebih banyak Ringgit Malaysia berada di dalam poket anda! Hotel, restoran, membeli-belah dan tiket penerbangan menjadi lebih murah. Nilai Ringgit sekarang adalah 30-70% kurang daripada dahulu berbanding dengan beberapa matawang asing. Jangan tunggu terlalu lama kerana kawalan modal Malaysia mungkin akan berubah dan kami mungkin akan menyesuaikan Ringgit apabila pasaran menjadi kukuh. Kepada mereka yang gemar membeli-belah, Malaysia adalah syurga .... daripada barangan jenama yang terkenal di dunia kepada barangan buatan Malaysia yang tinggi mutunya. Semangat bersaing yang kuat di kalangan peniaga-peniaga kami merupakan sesuatu petanda yang baik. Kompleks membeli-belah kami mengamalkan polisi harga tetap. Sesiapa yang suka tawar-menawar boleh menguji skil mereka di kedai runcit atau di pasar malam. Apa lagi yang boleh saya beritahu anda? Banyak! Pertama, silalah melancong secara siber ke laman Web Rasmi Pelancogan Malaysia: http://tourism.gov.my. Kemudian, jemputlah ke sini! (Luangkan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk saya memperkenalkan anda kepada destinasi ini di mana saya dilahirkan, pergi ke sekolah dan kini menjadi tempat tinggal untuk saya dan orang-orang yang tersayang.) Juga, berkongsilah mesej ini dengan orang-orang kesayangan anda, keluarga dan rakan-rakan...siapa tahu, mereka mungkin juga mahu menemani anda! Jika anda perlu sebarang bantuan...penempahan, maklumat, seorang kawan atau pertolongan cemas, anda boleh e-mel kepada saya! Harap dapat berjumpa anda tidak lama lagi!
|
|||
Contents © Copyright 1998-1999 K.Yip Associates, Rayma Management Consultants and Megatrends Asia. Design by BRG Interactive Digital Media Sdn Bhd Database management by Team Webstar |