“Rakyat Adalah Bos!” Deklarasi Kesedaran Rakyat © Bi-Care Egroup |
|
# People are the Boss Declaration |
I.
Mukadimah
Rakyat adalah tuan punya kepada negara dan bos kepada kerajaan. Dalam mana-mana negara moden, konsep ini dihormati sepenuhnya. Pada halnya, pergerakan anti-penjajahan dan nasionalisme yang berkembang di seluruh dunia dalam pertengahan Abad ke-20 bertujuan untuk menegakkan kedudukan rakyat sebagai tuan punya negaranya, bukan untuk menggantikan penjajah asing dengan penjajah tempatan yang terus menghambaabdikan rakyat. Malangnya, selepas 42 tahun kemerdekaan, masih ramai yang gagal menghormati rakyat sebagai tuan punya negara. Apa yang memenuhi telinga kita adalah dalih-dalih palsu seperti “Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan”, “Media kerajaan adalah mesin propaganda khas untuk parti pemerintah” serta “Kawasan yang menyokong parti pembangkang tidak akan dibangunkan”. Ini bukan sahaja mencerminkan keangkuhan ahli-ahli politik tetapi juga kedaifan rakyat. Sikap-sikap ini merupakan punca kepada masalah-masalah yang dihadapi negara kita: kehidupan harian rakyat yang disukarkan oleh pelbagai kesulitan, komuniti-komuniti dinafikan hak pembangunan yang sewajarnya, isu-isu nasional diabaikan kerana isu-isu etnik dan agama lebih mendapat perhatian, malahan, nyawa serta harta-benda terkorban dalam keadaan yang sebenarnya dapat dielakkan. Rakyat yang tidak bijak memilih
tidak mungkin dapat melahirkan pemimpin yang amanah dan berkaliber. Rakyat
harus sedar tentang apa yang berlaku di sekitar mereka sebelum mereka boleh
menuntut kemajuan. Kami ingin mengajak warga-warga Malaysia sekalian untuk
beridiri tegak atas hak dan harga diri mereka. Tidak kira parti mana yang
kita sokong, pastikan kita anda sampaikan mesej ini kepada parti-parti
dan ahli-ahli politik dengan jelas dan tegasnya : “Rakyat Adalah Bos!
“
II. Konsep 1. Rakyat adalah Bos,
Kerajaan cumalah Pengurusan
Maka, kerajaan mestilah berkhidmat
untuk rakyat. Kita rakyat, sebagai bos, berhak untuk mengkritik kerajan.
Kerajaan yang dilantik rakyat mesti menghormati suara hati rakyat yang
melantiknya. Ia sama sekali tidak boleh mengugut atau menghukum bosnya.
2. Pilihanraya Adalah
Proses Pemilihan Untuk Pengurusan Baru
Pilihanraya sebenarnya adalah sesi temuduga untuk melantik pengurusan baru manakala pengundi adalah pemegang saham yang bersama-sama menemuduga calon-calon dan menentukan pemegang jawatan. Setiap pengundi itu bebas menentukan sama ada untuk mengekalkan pengurusan yang sama atau menukar orang baru. Apabila jawatan kerajaan dikosongkan kerana penamatan tempoh atau pembubaran Parlimen, parti pemerintah cuma berfungsi sebagai ‘kerajaan penjaga’ (care-taker government). Sepertimana seorang pengurus syarikat tidak boleh menggunakan wang pemegang saham untuk mempromosikan diri atau mengejar kepentingan dirinya, ’kerajaan penjaga’ juga tidak harus menyalahgunakan sumber-sumber negara untuk mempromosikan diri demi mempertingkatkan peluang kemenangannya dalam pilihanraya. 3. Calon Tidak Boleh Mengugut
Bosnya
Sebagai contoh, jika kerajaan sesebuah negara memperuntukkan dana pembangunan cuma untuk kawasan yang dimenangi parti pemerintah, perkara ini adalah tidak masuk akal sama seperti jika pengurusan sesebuah syarikat membahagikan dividen cuma kepada sebilangan dan bukan kesemua pemegang saham. 4. Pilihanrakyat bukanlah
untuk membalas budi
Pilihan kita seharusnya bergantung kepada kebolehan mereka untuk menjalankan tugas dengan baik dalam tempoh lima tahun yang baru. Kita menilai pencapaian parti-parti dan ahli-ahli politik pada masa lalu cumalah untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai hasrat, kecenderungan serta kebolehan dalam mencapai impian para bos, bukan untuk membalas budi mana-mana pihak. Ahli-ahli politik yang berjaya dipilih semula mesti ingat bahawa rakyat tidak berhutang budi kepada mereka dalam lima tahun yang lepas sebaliknya sekali lagi mereka kini berhutang budi kepada rakyat untuk lima tahun yang akan datang. III. Tindakan
Kita tidak perlu menghambaabdikan diri kita dan terbelenggu oleh ahli politik. Wahai rakyat Malaysia, marilah kita berdiri tegak dan maju ke hadapan, bersama-sama mengemukakan permintaan dan harapan kita (seperti pembinaan sekolah, pembinaan tempat beribadat, penghapusan tol lebuhraya atau penyediaan tanah perkuburan) serta menuntut semua parti politik menyahut permintaan kita. Biar kita menentukan undi kita berdasarkan sejauhmana mereka sanggup menyahut permintaan kita. Kita tidak perlu merendah-rendahkan diri kita di depan ahli-ahli politik untuk membuat sesuatu tuntutan. Mengapa kita sebagai bos perlu merayu untuk perkhidmatan yang kita berhak terima ? Kita seharusnya memastikan ahli-ahli politik yang berkaliber berebut-rebut mengambil initiatif untuk memuaskan permintaan kita. Dengan cara ini, tidak kira siapa yang dipilih untuk memerintah, permintaan dan tuntutan kita akan dapat direalisasikan atau dihormati. Kita mesti menghormati diri kita sebelum kita mengharapkan penghormatan orang lain. Jika kita memainkan peranan kita sebagai bos, parti-parti dan ahli-ahli politik akan terpaksa memajukan diri mereka supaya tidak ketinggalan. Ini akan membawa kepada pembanguan yang lebih komprehensif dan pesat di bidang politik, ekonomi dan sosial. Inilah satu-satu caranya negara kita dapat boleh mencapai kestabilan, kemakmuran dan kemajuan yang bermakna sebenar. “Cuma bos yang pandai dapat
memastikan kemajuan dan pembanguan korporat yang berterusan.” Kita ingin
berkongsi mesej ini dengan 10.3 juta orang boss di seluruh negara.
Feedback
Welcomed!
|
CHECK OUT
|
Kuala Lumpur, August
20, 1999
![]() |